Adun BERSATU Berkempen Untuk Calon Bebas di Slim

Adun BERSATU Berkempen Untuk Calon Bebas di Slim

Bekas Menteri Besar Johor yang juga merupakan adun Kempas, Dato Seri Osman Sapian dilihat hadir berkempen di PRK Slim bersama kumpulan Tun Mahathir.

Beliau dilihat bersama Setiausaha Politik Tun Mahathir, Abu Bakar Yahya, semalam.

Sehingga hari ini Osman Sapian adalah ahli BERSATU dan merupakan salah seorang dari 12 Adun BERSATU Johor.

Terdahulu, 2 adun BERSATU di Selangor mengumumkan keluar parti iaitu Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli, dan Adun Batang Kali, Harumaini Omar.

CATEGORIES