Adun Belia Terengganu Dilantik Ketua Pejuang Muda Negeri

Adun Belia Terengganu Dilantik Ketua Pejuang Muda Negeri

Adun Belia Terengganu dari Manir, Shaheer Ibrahim diumumkan sebagai Ketua Pejuang Muda Negeri Terengganu, oleh Ketua Pejuang Muda Pusat, semalam.

Shaheer yang merupakan adun belia Dun Manir Negeri Terengganu diumumkan bersama 9 lagi ketua pejuang muda Negeri termasuk Kelantan, Pahang, Selangor, Perlis , Kedah ,perak, Negeri Sembilan, dan Johor.

“Dengan penuh hormat dan rasa rendah diri, berikut adalah lantikan-lantikan yang telah diperakukan oleh Biro Politik Parti PEJUANG TanahAir.

“Lantikan EXCO PEJUANG Muda akan dilakukan secara berperingkat dan beberapa lantikan Ketua PEJUANG Muda negeri masih dalam proses untuk dimuktamadkan.” tulis Abu Hafiz di laman Facebook beliau.

Pejuang Muda adalah sayap pemuda kepada parti pimpinan Mahathir, Pejuang yang ditubuhkan setelah dipecat dari BERSATU.

Sehingga kini Pejuang masih belum diluluskan oleh ROS dan perkembangan terkini menyaksikan mahkamah membenarkan pihak Pejuang untuk membuat permohonan semakan.

CATEGORIES