Abu Hafiz Keluar Bersatu , Bakal Sertai Parti Tun

Abu Hafiz Keluar Bersatu , Bakal Sertai Parti Tun


Bekas Ketua Armada Bahagian Wangsa Maju dan juga merupakan Exco Armada Nasional, Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan dirinya berhenti dan berundur sebagai ahli parti Bersatu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook beliau, Abu Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada Rais Hussein yang bertanggungjawab mengurus dan meyakinkan kemasukan beliau ke dalam Bersatu namun kini beliau memilih jalan bersama bekas Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.

Terdahulu, satu sidang media dibuat oleh Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu setelah keputusan mahkamah mengekalkan Tan Seri Muhyidin Yassin sebagai pemangku Pengerusi Bersatu.

Abu Hafiz percaya lebih ramai kepimpinan akan mengikut jejak langkah beliau meninggalkan Bersatu untuk bersama sama Tun Mahathir.

CATEGORIES
TAGS