8 Guru positif Covid-19, Sebuah Sekolah Diarahkan Tutup di Terengganu

8 Guru positif Covid-19, Sebuah Sekolah Diarahkan Tutup di Terengganu

Sebuah sekolah di Kuala Terengganu diarahkan untuk tutup setelah 8 gurunya positif Covid-19, lapor harian Metro.

Arahan penutupan sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) selama 14 hari, berkuat kuasa hari ini hingga 5 Februari depan.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus , menurutnya arahan ini bagi kawalan perebakan penyakit berjangkit.

“Pihak sekolah diperintahkan mematuhi arahan kerja membasmi kuman dan kegagalan mematuhi perintah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 22 (b), Akta 342.

“Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau keduanya sekali,” katanya.

Menurut Harian Metro, sekolah itu belum memulakan sesi persekolahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan kerajaan semalam dan pihak pengurusan sekolah itu sudah menghubungi semua ibu bapa murid mengenai penangguhan pengagihan buku teks yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini.

CATEGORIES