4 Kluster Baharu Dicatatkan Di Terengganu DalamTempoh 2 Hari

4 Kluster Baharu Dicatatkan Di Terengganu DalamTempoh 2 Hari

Empat kluster baharu direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua hari iaitu pada 12 dan 13 Julai.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kluster Pulau Serai dan Kluster Gajah Mati Bukit Besi merupakan kluster baharu yang dikesan di negeri ini setakat jam 12 tengah hari semalam manakala pada 12 Julai JKNT telah melaporkan Kluster Tanjung Gelam dan Kluster Tok Molor sebagai kluster baharu di Terengganu, dua kluster itu merupakan kluster komuniti.

Sementara itu, JKNT berkata, Terengganu merekodkan 93 kes positif hari ini dan Kemaman menjadi penyumbang tertinggi dengan 41 kes, diikuti Marang (18), Dungun dan Kuala Terengganu (12) dan Kuala Nerus (8) dan Besut (2).

“Hulu Terengganu dan Setiu tiada sebarang kes,” ujar kenyataan itu.

CATEGORIES