12000 Rumah Mampu Milik , EXCO Terengganu Ambil Data Dimana?

12000 Rumah Mampu Milik , EXCO Terengganu Ambil Data Dimana?

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu, Hasbie Muda mempersoalkan kenyataan Exco kerajaan negeri yang mengumumkan bahawa 12,555 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah dibina menyamai 62.78 peratus daripada jumlah yang disasarkan.

Menurut Hasbie, secara sepintas lalu ia kelihatan langsung tidak logik. Ini kerana dalam tempoh 2008 hingga 2019, jumlah RMM yang berjaya dibina hanya 6,683 unit melibatkan 19 projek RMM. Secara puratanya 600 unit RMM dalam masa setahun

“Jika Kerajaan Terengganu di bawah PAS berjaya bina 12 ribu RMM dalam 3 tahun, secara purata mereka berjaya membina 4 ribu RMM setahun walhal hanya lima projek RMM dijalankan sepanjang tempoh tersebut.”

“Adakah Exco kira sekali rumah bersaiz 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 7 kaki dalam?” soal Hasbie yang juga bekas Pegawai Tugas Tugas Khas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook , Abu Ayyash menyebut Kalau tak bohong bukan PAS lah.. bohong kan dibolehkan utk maslahat parti berhubung pengumuman tersebut

CATEGORIES